Kelas Asas Microsoft Power Point (Cara Masukkan Gambar ke Microsoft Power Point

11 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan internet.Seramai lima orang peserta iaitu dua orang lelaki dan tiga orang perempuan yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi dihadkan kepada lima orang pelajar sahaja.Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Semasa di dalam kelas,pelajar diajar cara masukkan gambar ke Microsoft Power Point.Pertama,pelajar diajar bagaimana memasukkan gambar ke dalam “slide” menerusi fail yang disimpan di dalam komputer.Setelah gambar dipaparkan di “slide”,pelajar diajar bagaimana hendak memebesarkan atau mengecilkan siaz gambar mengikut saiz yang dikehendaki.Setiap pelajar dikehendaki memasukkan gambar seterusnya ke dalam “slide” seterusnya bagi menguji tahap kefahaman mereka sepanjang proses pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas